Si jepun Le Mans

Aku sudah berada di Perancis selama 4 hari. Banyak orang yang telah ku temui. Semuanya pelik, lain dan berbeda dari satu sama lain. Aku temu  seorang lelaki jepun yang agak lain dari pada orang orang jepun yang penah ku temui. Selama ini aku sering bertemu dengan orang jepun yang ramah dan yang tidak segan bersosial. Yang dia ini pula lain. Sering mengasingkan diri dari semua orang. Aku sering tertanya tanya tentang sikap si jepun itu. Mungkin pekara yang ku telah katakan sewaktu aku tidur, karna aku sering bercakap dan juga terpekik ketika aku tidur. Ketika aku di Luxembourg dua tahun lepas, seorang jepun telah bilang kepada ku bahawa aku menyanyi sewaktu tidur malam. Dia juga tidak paham apa yang ku kata kan.Mungkin si jepun ini tidak reti berbahasa inggeris tetapi apa kah susah sangat untuk berkomunikasi. Aku juga bisa bertutur dalam gaya orang yang tidak tahu berbahasa inggeris. Aku juga bisa mengajar dia berbahasa. Tetapi, bila ada perempuan jepun, dialah yang paling ligat. Dia mungkin seorang jepun yang sebenar. Mungkin selama ini aku sering bertemu dengan orang jepun yang sudah mabuk didalam budaya budaya barat. Tak kesah semua itu, yang penting kita harus tahu semua orang pun berbeza.   


About this entry