Akibatnya pandai baca (menghafal) quran
Ramai dikalangan manusia hanya pandai membaca al-quran. Tetapi tidak lah mereka paham akan isi isi nya itu. Cara pembelajaran tahfiz dan suara yang sedap memain kan peranan. Sehinggakan sewaktu ada mengangkat nikah, salah satu prosedur untuk sesorang lelaki hendaklah pandai mengaji. Sejak kecil lagi aku memang tidak suka mengaji. Kerana aku tidak faham apa yang ku bacai itu. Bayangkan lah, seorang kanak kanak laki laki yang degil dan nakal. Jika dipaksa akan lebih memberontak. Apatah lagi apabila guru mengajiku sering menghina anak jiran dihadapan rumahnya. Ku ingat sampai sekarang apa yang dia selalu katakan kepada ku sekiranya aku membaca dengan tidak mengikut peringkat yang di ingininya itu. Kata nya,” tengok lah anak makcik X. Dah tua pun masih tak habis mengaji” Sebagai seorang yang suka memberontak kepada sistem sistem konservatif, aku pun terus memberontak.
Buku al-quran itu memang buku yang tiada bandingannya (so far) dan belum lagi ku habis membaca kesemua buku di perpustakaan negara disini. Buku yang ringkas tetapi mempunyai banyak tafsiran dari segi sejarah dan segala yang telah ku tempuhi. Dari sikap politik manusia hinggalah tentang diri kita sendiri. Sering sesorang akan bertanya kepada diri mereka sendiri apabila berumur 21++. Apa erti hidup. Tiada siapa yang tahu. Bagi ku hidup ini tidak akan membawa erti, jika diri sendiri tidak mahu menge-set-kan erti itu sendiri. Erti hidup memang sukar dicari. Jika dicari, sampai mati pun tak akan jumpa. Mungkin dalam keadaan tenat sesorang itu barulah tahu apa itu erti hidup. Atau dalam kata lain, mereka sendiri yang menetapkan misi hidup mereka itu. Sesorang pernah memberitahu ku. Didalam dunia ini ada dua orang sahaja. Hati mu dan otak mu. Yang lain semua hanyalah kenalan perjalanan hidup. Hidup sama sama, nanti mati lain lain. Sesorang pernah memberitahuku juga. Jagalah dan belailah otak itu seakan akan dia adalah teman sehidup semati diri sendiri. Memang benar katanya itu. Tiada siapa lagi yang boleh menjaga otak itu selain diri sendiri. Belailah otak itu dengan ilmu. Bacalah. Pahamilah apa yang di baca itu. Benarkah jika sesorang itu membelajar al-quran seorang diri dia itu mempelajari dengan shaitan (guruku juga sering memberitahu pekara yang sama? Tentu tidak. Beliau mempelajari al-quran itu dengan hati dan mindanya. Bukan kah itu ayat yang lebih baik daripada ayat yang awal itu?
Sudah tentu semua orang ingin menjadi nabi. Tetapi mereka tidak boleh. Tetapi sikap nabi terus di ultrakan sehingga membuat seseorang itu fikir bahawa “Its me against the world”. Sikap semua orang salah, aku dan konco konco aku sahaja benar. Dan akulah sebenar benarnya dari segala manusia. Sikap itu adalah sangat bahaya. Budaya dari utara ke selatan , timur dan barat adalah berbeda sesama sekali. Bukan itu sahaja, jumlah hujan yang turun pun berbeza dari tempat ketempat. Cara pembesaran diri pun berbeza. Ada segilintir dari golongan diraja, ada segelintir dari kampung, ada segelintir dari bandar. Jika hendak di spesifik kan lagi, ada ibu bapa dari golongan muda, ada juga ibu bapa dari golongan tua. Cara pengajaran sudah tentu berbeza. Al-quran adalah penyelaras dia kalangan umat umat di dunia ini. Tak kira dari bangsa, agama atau jantina. Ia berasas kan kerohania, integriti dan bermacam macam lagi kosep perpaduan yang bisa di laksanakan. Aku tidak rasa bahawa al-quran itu untuk orang islam sahaja. Ia adalah untuk semua. Tuhan itu maha adil. Jika tidak apakah salah orang orang bukan islam yang dilahirkan didalam ugama lain?
Apa yang ingin saya tegas kan disini adalah, aspek pembacaaan seperti fonetik tidak penting. Pemahaman lebih penting. Jika tahu baca tak tau makna atau maksud orang pon bisa menipu sesama sendiri.
About this entry
You’re currently reading “Akibatnya pandai baca (menghafal) quran,” an entry on el bien y el mal
- Published:
- March 15, 2008 / 3:30 am
- Category:
- Thought
- Tags:
- agama, education, malay education, malaysian education
No comments yet
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]